Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak United FC ikat Pulau Pinang FC 1-1
Sarawak United FC ikat Pulau Pinang FC 1-1

Sarawak United ikat Penang FC 1-1

KUCHING, 5 April : Sarawak United FC memungut mata pertama Liga Super 2022 selepas mengikat Penang FC dengan keputusan 1-1 dalam perlawanan di Stadium Negeri Petra Jaya sebentar tadi.

Begitupun mata sulung yang diraih Kenyalang Emas tidak mudah apabila tuan rumah terpaksa membuat kebangkitan menjelang tujuh minit terakhir perlawanan.

Selepas terikat tanpa jaringan pada babak pertama, Penang FC terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan Casagrande da Silva pada minit ke-73.

B. Sathianthan kemudian membuat pertukaran dengan memasukkan pemain sayap skuad remaja kebangsaan, Mohammad Zharmein Ashraf.

Percaturan itu membuahkan hasil apabila tuan rumah dilihat mula meningkat tempo serangan ke arah gawang pelawat.

Gol yang ditunggu hadir pada minit ke-83 apabila Boris Kok berjaya menyudahkan keadaan kelam kabut di hadapan pintu gol skuad Harimau Kumbang.

Keputusan itu kekal hingga wisel penamat dibunyikan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan