Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Grand Margherita tawarkan 250 sajian buka puasa
Grand Margherita tawarkan 250 sajian buka puasa

Grand Margherita terbangkan chef dari Kelantan sediakan hidangan istimewa bufet

BySalasiah Safian

Kredit gambar: Hotel Grand Margherita

KUCHING, 6 April : Bagi menyuntik kelainan pada Bufet Ramadan bertemakan Macam Macam Ada, Hotel Grand Margherita menerbangkan tukang masak khas dari Kelantan untuk menyediakan masakan asli negeri Pantai Timur itu kepada pelanggannya.

Pengurus besar hotel itu, Kenny Tham berkata, ‘chef’ berkenaan merupakan salah seorang ‘tukang masak’ yang diberi tanggungjawab untuk menyediakan sebanyak 250 sajian berbuka puasa sepanjang bulan ini.

Kenny Tham
Rusmaini Hassan

Katanya, bufet Ramadan Macam-Macam Ada sebenarnya sudah ditawarkan oleh hotel berkenaan sejak 15 tahun lalu.

“Setiap tahun, kami akan membawakan sajian berbeza dari seluruh Malaysia. Pada tahun ini, masakan dari Kelantan menjadi menu yang menjadi tarikan utama,”katanya ketika ditemui TVS.

Sementara itu, Rusmaini Hassan yang merupakan chef ‘import’ itu memberitahu, dia berasa teruja untuk menyediakan masakan Kelantan kepada para pelanggan hotel berkenaan.

“Saya turut membawa bahan masakan dari Kota Bharu yang sukar didapati di Kuching seperti budu untuk sediakan pelbagai menu istimewa,”katanya.

Rusmani berkata, antara hidangan yang akan disediakan olehnya sepanjang 28 hari berada di Hotel Grand Margherita termasuklah nasi kerabu, tom yam Kelantan, aneka bubur, kerabu, nasi dagang bersama gulai ikan tonggol dan nasi kak wok.

Antara hidangan istimewa yang ditawarkan pada Bufet Ramadan Macam Macam Ada yang ditawarkan oleh Hotel Grand Margherita

“Turut tidak dilupakan ialah pelbagai hidangan pencuci mulut seperti pulut mangga, ondeh-ondeh dan kuih taik itik yang sangat terkenal di Kelantan,”katanya.

Menambakan keasyikan, sambil menjamu selera, pelanggan juga boleh menikmati pemandangan indah Sungai Sarawak pada waktu malam.

Tempat yang disediakan untuk para pengunjung juga sangat luas dan dapat memuatkan sehingga 500 orang.

Kepada mereka yang berminat, anda boleh membuat tempahan secara terus menerusi talian 082-532 111 dan tempahan awal amat digalakkan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan