Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Radzi Jidin
Dr Radzi Jidin

Lebih 2 juta pelajar sekolah menengah mulakan sesi persekolahan bersemuka sejak Isnin

Kredit gambar: Facebook Dr Radzi Jidin

KUALA LUMPUR, 5 April : Seramai 2,060,997 pelajar sekolah menengah terlibat dalam sesi persekolahan secara bersemuka mulai Isnin, setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sejak awal sesi persekolahan 2022/2023 bulan lepas. 

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata bagi sekolah rendah pula, seramai 2,674,104 murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka sejak sesi persekolahan bermula pada 21 Mac lepas.

Katanya, ini menjadikan jumlah keseluruhan murid sekolah menengah dan rendah yang mengikuti PdP secara bersemuka adalah seramai 4,735,101 orang.

“Pada masa sama, seramai 273,025 murid Tahun 3, 4 dan 5 bagi sekolah rendah dengan enrolmen lebih 600 murid, masih hadir ke sekolah secara penggiliran

“Kementerian Pendidikan sedang meneliti situasi tersebut bagi membolehkan kumpulan murid ini dapat hadir ke sekolah tanpa penggiliran,” katanya menerusi catatan di Facebook rasmi beliau hari ini. 

Radzi turut mengucapkan terima kasih kepada murid, guru dan ibu bapa yang sentiasa memberikan keutamaan pada aspek keselamatan bagi membolehkan operasi sekolah secara bersemuka berjalan lancar dan selamat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan