Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Mahathir
Ratu Elizabeth II adalah contoh seorang raja berperlembagaan yang baik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Foto: BERNAMA

Tiada siasatan baharu ke atas Dr Mahathir – Polis

KUALA LUMPUR, 5 April : Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiada siasatan baharu dibuat ke atas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata kali terakhir Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air itu dipanggil PDRM ialah pada 23 Mac lepas bagi membantu siasatan membabitkan buku memoir bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.

“Rakaman percakapan beliau diambil hanya sebagai saksi bagi menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan dalam buku berjudul My Story: Justice in the Wilderness,” menurutnya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Terdahulu, Dr Mahathir dalam hantaran di laman sosial Facebooknya mendakwa beliau akan dipanggil untuk disoal siasat namun tidak menyatakan sebab siasatan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan