Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID-19 : 10 daerah di Sarawak sifar kes baharu

KUCHING, 3 April : Perkembangan jangkitan COVID-19 di Sarawak menyaksikan kes baharu menurun kepada 351 berbanding 596 yang direkodkan hari sebelumnya.

Bertambah baik, 10 daerah juga tidak merekodkan sebarang kes bagi tempoh 24 jam lepas berbanding hanya lima pada Jumaat lepas.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, daripada jumlah keseluruhan kes yang dilaporakan, sebanyak 346 kes berada pada kategori satu dan dua.

“Lima kes pula pada kategori tiga, empat dan lima serta ini menjadikan jumlah kes kumulatif kes COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 299,936 kes,”jelas JPBN menerusi kenyataan media.

JPBN turut mengesahkan satu kematian semalam yang melibatkan seorang wanita berusia 65 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi di Hospital Umum Sarawak.

Sementara itu, Kuching masih merekodkan kes baharu tertinggi sebanyak 177 dan diikuti dengan Miri sebanyak 50 kes dan Sibu 44 kes baharu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan