Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lelaki warga asing baling batu kepada kenderaan ditahan

KUCHING, 3 April : Seorang lelaki warganegara asing ditahan polis kerana melakukan khianat dengan membaling batu terhadap kenderaan orang awam di Pasar Bintulu kelmarin.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu, sejurus ditahan, pemeriksaan terhadap suspek mendapati lelaki itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

“Lelaki itu kemudian dibawa ke IPD Bintulu untuk tindakan lanjut.

“Ujian saringan air kencing yang dilakukan mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine (AMP),”jelas kenyataan itu.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, kenyataan sama turut memaklumkan, pasukan pemantau IPD Bintulu turut menahan seorang lelaki berkerusi roda di Kampung Assyakirin yang membuat kacau dan menganggu ketenteramaan orang awam.

“Lelaki warganegara tempatan yang dipercayai pesakit mental ini kemudian dihantar ke Hospital Bintulu pemeriksaan lanjut,”jelas kenyataan itu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan