COLOMBO, 3 April : Sri Lanka mengisytiharkan perintah berkurung di seluruh negara dari 6 petang Sabtu hingga 6 pagi Isnin ketika negara itu berdepan krisis ekonomi dan peningkatan inflasi, lapor Xinhua.
Pada Jumaat, Presiden Gotabaya Rajapaksa mengeluarkan warta mengenai Luar Biasa yang pengisytiharan darurat itu dan berkuat kuasa serta-merta.
Rajapaksa berkata pengisytiharan darurat itu demi kepentingan keselamatan dan ketenteraman awam serta membolehkan penyelenggaraan bekalan dan perkhidmatan yang penting dilaksana untuk rakyat.Â
Berikutan itu penunjuk perasaan merancang mengadakan protes pada Ahad. -TVS