Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Peniaga mikro diberi pinjaman RM10,000 tanpa faedah

KUCHING , 2 April : Peniaga mikro di Santubong diberi keistimewaan untuk membuat pinjaman maksimum RM10,000 tanpa dikenakan faedah.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, peluang berkenaan diberikan menerusi kerjasama kerajaan dengan Bank Rakyat bagi membantu kumpulan peniaga berkenaan yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Menurutnya, kesemua peniaga yang ingin memohon akan diberi peluang mendapatkan pinjaman berkenaan termasuk yang telah disenarai hitam.

“Bank Rakyat melancarkan inisiatif ini kerana memahami peniaga mikro sering berdepan kesukaran untuk mengembangkan perniagaan mereka sekaligus menyebabkan sukar bertahan dalam suasana yang mencabar ini,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Kaunter Pembiayaan Mikro Penjaja dan Peniaga Kecil Bank Rakyat 2.0 di sini hari ini.

Wan Junaidi berkata, beliau berharap penjaja dan peniaga kecil di Santubong dan seluruh negeri dapat mengambil peluang yang ditawarkan oleh bank berkenaan.

“Saya juga berdoa semoga perniagaan yang diusahakan berjaya dan beroleh keuntungan berlipat kali ganda.

“Menjadi hasrat saya untuk melihat lebih ramai anak muda Melayu cenderung menceburi dunia keusahawanan,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan