Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak penting untuk jaminan keselamatan makanan negara
Sarawak penting untuk jaminan keselamatan makanan negara

Sarawak beri sumbangan penting keselamatan makanan negara – Ronald Kiandee

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 2 April : Sarawak merupakan negeri penting yang menyumbang kepada keselamatan makanan negara.

Sehubungan itu ujar Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, kementeriannya akan terus berusaha bagi menambah peruntukan untuk tujuan pembangunan infrastruktur pertanian di negeri ini.

Katanya, beliau berpeluang melawat kawasan sawah padi di Sri Aman dan Batang Lupar sepanjang tiga hari lawatan kerjanya di negeri ini dan mendapati masih banyak penambahbaikan perlu dilakukan.

“Dana ini untuk infrastruktur bagi industri padi beras di Sarawak.

“Ia merupakan satu usaha berterusan membabitkan Kerajaan Persekutuan dan agensi di bawahnya dengan Kerajaan Sarawak serta agensi -agensi di bawah mereka,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melawat Medan Niaga Satok, di sini hari ini.

Berhubung lawatan di Satok, Ronald Kiandee memberitahu, sebanyak RM7 juta telah diperuntukkan kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi menaik taraf 15 kawasan niaga di negeri ini.

“Peruntukan ini disalurkan menerusi Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

“Kerajaan berharap agar ia dapat memberikan keselesaan kepada para peniaga dan pengunjung,”katanya.

Medan Niaga Satok merupakan projek kendalian FAMA dan Kerajaan Sarawak bagi menyediakan sebuah pasar berkonsep moden yang dilengkapi dengan sistem pengurusan sisa buangan terkini.

“Beberapa ruang projek ini dijangka siap pada Mei depan secara berperingkat,”katanya.

Pasar itu yang dibina dengan kos RM46.6 juta mempunyai sebanyak 995 lot perniagaan telah beroperasi sejak 1 Januari 2013. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan