Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak giat tingkatkan penggunaan teknologi moden untuk capai pengeluaran 60 peratus beras

ByMadeline Dugat

KUCHING, 2 April : Sektor penanaman padi di Sarawak kini mula beralih ke arah penggunaan teknologi moden bagi mencapai sasaran pengeluaran 60 peratus padi sara diri menjelang 2030.

Menteri Pemodenan Pertanian dan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, hasrat berkenaan sebelum ini telah dinyatakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Sehubungan itu, usaha meningkatkan penggunaan teknologi untuk sektor pertanian sedang giat dilaksanakan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di sini semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri MAFI, Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah I, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.

Sementara itu, Stephen Rundi berkata, menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), kementeriannya menerima peruntukan sebanyak RM617.9 juta daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak untuk melaksanakan pelbagai projek untuk rakyat.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 52.5 peratus diserahkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk mengukuhkan sektor pertanian di Sarawak.

Sehubungan itu katanya, Sarawak sedang mempergiatkan usaha meningkatkan pengeluaran domestik bagi menyokong Dasar Sekuriti Makanan Negara.

“Ini seterusnya akan mengurangkan kebergantungan kita kepada produk import,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan