Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak bekerjasama dengan AirAsia
Sarawak bekerjasama dengan AirAsia

Sarawak bekerjasama dengan AirAsia tangani isu pengangkutan udara

KUCHING, 1 April : Sarawak bekerjasama dengan AirAsia Berhad bagi menyelesaikan isu berkaitan pengangkutan udara di negeri ini supaya lebih cekap.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, pada masa sama, kementeriannya juga turut mengukuhkan hubungan dengan pelbagai syarikat penerbangan dan pemain industri.

“Susulan pembukaan sempadan Malaysia hari ini, AirAsia Berhad digalakkan supaya memainkan peranan dengan lebih agresif bagi mempromosikan Sarawak dengan membawa masuk ahli perniagaan, pelancong dan pengembara dari dalam dan luar negeri,” katanya.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan hormat daripada delegasi AirAsia Berhad di pejabatnya.

Jelas Kim Shin, antara perkara lain yang dibincangkan ialah mengenai penggunaan jambatan penghubung di semua lapangan terbang di Sarawak.

“Selain itu, kita turut menyentuh prosedur operasi standard (SOP) semasa pendaratan pesawat secara berturut-turut, tambang penerbangan, pembatalan penerbangan serta permintaan supaya lebih banyak penerbangan keluar dan masuk dari negeri ini,”katanya.

Pada masa sama, beliau memberitahu, pihaknya juga mengutarakan potensi dalam industri penerbangan dengan mengambil kira langkah Indonesia yang telah menjadikan Nusantara di Kalimantan sebagai ibu negaranya yang baharu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan