Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak terima penerbangan dari Singapura esok
Sarawak terima penerbangan dari Singapura esok

Sarawak terima penerbangan masuk dari Singapura ke Miri esok

KUCHING, 1 April : Sarawak akan mula menerima penerbangan masuk antarabangsa esok susulan pembukaan sempadan negara pada hari ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, penerbangan berkenaan membabitkan laluan Singapura ke Miri.

“Pada Ahad pula, satu lagi penerbangan dari Kota Singa dijangka mendarat di Kuching,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau proses simulasi ketibaan pelancong di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, pelawat termasuk rakyat Sarawak di Singapura yang ingin masuk ke negeri ini disyaratkan membuat ujian RT-PCR dengan keputusan negatif dua hari sebelum berlepas dan sejurus tiba di negeri ini dengan kos ditanggung sendiri.

“Prosesnya tidak lama kerana berdasarkan simulasi tadi, saya lihat hanya sekitar 20 minit diperlukan untuk mendapatkan keputusan dan syarat ini dikenakan kepada semua pelawat dari luar negara,”katanya.

Sementara itu beliau memberitahu, Kerajaan Sarawak akan mengadakan perbincangan dengan Indonesia pada Isnin ini untuk memuktamadkan prosedur operasi standard (SOP) yang dipersetujui kedua -dua pihak sebelum kesemua pintu sempadan Sarawak dengan Kalimantan, Indonesia dibuka sepenuhnya.

“Buat masa ini, kita (Sarawak) memberi kebenaran khas kepada pelancong Indonesia masuk menerusi Tebedu untuk mendapatkan rawatan kesihatan,”katanya.

Berhubung proses sama dengan Brunei pula, Douglas Uggah memberitahu, pembukaan pintu sempadan akan dilakukan pada 15 April depan dan ketika ini proses perbincangan untuk memuktamadkan SOP akan diputuskan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan