Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
COVID-19 : Sarawak catat hanya sembilan kes baharu kategori tiga hingga lima hari ini

COVID-19 : Enam daerah di Sarawak tiada kes baharu

KUCHING, 31 Mac : Perkembangan kes jangkitan COVID-19 di Sarawak menunjukkan enam daerah iaitu Tatau, Daro, Beluru, Belaga, Song dan Bukit Mabong merekodkan sifar kes baharu bagi tempoh 24 jam lepas.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, enam lagi daerah iaitu Pakan, Limbang, Tanjung Manis, Sebauh, Selangau dan Telang Usan pula masing – masing merekodkan satu kes.

Sementara itu, hari ini Sarawak merekodkan tiga kes kematian melibatkan seorang warga emas lelaki dan dua wanita yang masing-masing berusia 91, 95 dan 71 tahun.

“Ketiga-tiga pesakit disahkan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 26 Mac dan semalam,” jelas JPBN Sarawak menerusi kenyataan media hari ini.

Sementara itu, sebanyak 639 kes baharu dilaporkan sekaligus menjadikan jumlah kes kumulatif sejak negeri ini dilanda pandemik meningkat kepada 298 341 kes.

“Sebanyak 635 kes yang dilaporkan berada dalam kategori satu dan dua manakala empat pada kategori tiga, empat dan lima,” jelas JPBN Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan