Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
macau scam

Pesara Telekom hilang hampir RM100,000 terpedaya Macau Scam

ByBernama

TELUK INTAN, 31 Mac : Seorang pesara Telekom kerugian lebih RM90,000 akibat diperdaya sindiket penipuan dalam talian Macau Scam di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner (ACP) Ahmad Adnan Basri berkata, pada awalnya wanita berusia 64 tahun itu menerima panggilan kononnya daripada pihak polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Putrajaya dan menyatakan identiti wanita ada terlibat dalam kes mengedar dadah dan penggubahan wang haram.

Beliau berkata panggilan itu kemudian disambungkan ke talian kononnya Bank Negara Malaysia (BNM) untuk buat laporan berkaitan akaun bank yang dimiliki dan wanita itu diminta untuk mengeluarkan wang di dalam akaun Tabung Haji miliknya untuk dipindahkan ke akaun peribadi di Bank Islam. 

“Tanpa disedari, wanita itu telah menyerahkan butiran maklumat akaun bank berkenaan kepada suspek dan semua wang di dalam akaunnya dipindahkan ke akaun pihak ketiga secara perbankan Internet ke akaun bank mulai tarikh 30 November hingga 24 Disember tahun lepas,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya wanita itu hanya menyedari ditipu setelah wang dalam akaun Bank Islam itu didapati telah dipindahkan secara berperingkat sebanyak 12 transaksi berjumlah RM99,330 melibatkan wang simpanan peribadinya.

Ahmad Adnan berkata pindahan wang telah berlaku sejak November tahun lepas namun laporan polis lewat dibuat kerana wanita itu baru menyedarinya setelah membuat semakan akaun wang simpanan dengan pihak bank.

“Laporan polis dibuat semalam kira-kira pukul 1.30 petang di Balai Polis Teluk Intan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” tambahnya.

Beliau seterusnya mengingatkan orang ramai jangan mudah percaya dengan tindakan licik sindiket Macau Scam ini dengan mendedahkan maklumat perbankan mereka kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan