Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee pada Majlis Luncheon Talk Menteri MAFI bersama pemain industri. Foto: Febbright James (TVS)

Nelayan Sabah dan Sarawak disaran teroka laut dalam, elak hasil dicuri nelayan asing

ByFebbright James

KUCHING, 31 Mac : Kumpulan nelayan di Sabah dan Sarawak disaran untuk meneroka tangkapan di kawasan laut dalam bagi memastikan sumber perikanan negara tidak dikaut oleh nelayan asing.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, ini kerana kawasan perairan di kedua – dua negeri berkenaan kaya dengan hasil perikanan.

Katanya, di sebalik kekerapan operasi membanteras aktiviti pencerobohan nelayan asing yang dijalankan pasukan keselamatan negara, kekayaan sumber laut yang dimiliki Malaysia terus menjadi tarikan kumpulan nelayan yang menceroboh.

“Di pihak kerajaan, kita menggalakan nelayan untuk memasuki kawasan laut dalam kerana hasilnya yang lebih banyak.

“Kekayaan sumber protein laut yang di kawasan laut kita harus dinikmati oleh nelayan tempatan,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Luncheon Talk Menteri MAFI bersama pemain industri di sini hari ini.

Berhubung usaha kerajaan meningkatkan pengeluaran makanan negara, Ronald Kiandee berkata, penglibatan dalam sektor berkenaan harus dilakukan secara berskala besar untuk hasil yang maksimum.

” Ia perlu dibangunkan dengan penglibatan pihak swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti yang digariskan dalam Dasar Agro Makanan 2.0 yang menyasarkan untuk meningkatkan pengeluaran industri ternakan sebanyak 20 hingga 50 peratus menjelang 2030,”katanya.

Ketika ini ujar beliau, Malaysia hanya mampu memenuhi sebanyak 21 peratus tahap sara diri dalam pengeluaran sumber makanan manakala selebihnya diimport. -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan