Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Festival Kebudayaan Borneo di Sibu berlangsung 19 hingga 23 Julai depan

SIBU, 31 Mac : Festival Kebudayaan Borneo (BCF) yang merupakan acara pelancongan utama di daerah ini akan kembali dilangsungkan bermula 19 hingga 23 Julai ini selepas dua tahun ‘direhatkan’ berikutan pandemik COVID-19.

Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Bujang Abdul Majid berkata, acara tersebut akan dianjurkan pada skala yang lebih kecil serta dipendekkan kepada lima hari berbanding 10 hari pada kebiasaannya.

Ujarnya, ketiga-tiga komuniti iaitu Iban, Melayu/Melanau dan Cina juga akan berkongsi pentas utama pada BCF tahun ini dengan menampilkan budaya Borneo sebagai tarikan.

“Kita menjangkakan BCF akan menarik ramai pengunjung yang mahu berkumpul dan menikmati keindahan budaya pelbagai etnik di satu lokasi,” katanya dalam sidang media di Wisma Sanyan semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur BCF berkata, MPS akan melakukan yang terbaik untuk memastikan penganjuran festival itu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terkini.

Mengenai bilangan gerai yang akan dibuka, Bujang berkata, sebanyak 20 buah gerai akan diperuntukkan untuk tiga komuniti berkenaan.

” Sementara itu, penganjur juga merancang untuk menjemput kumpulan tarian dari China, Indonesia dan Sabah untuk membuat persembahan pada BCF,” katanya.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan dijadualkan menyempurnakan upacara penutup manakala salah seorang Timbalan Premier dijangka akan hadir pada majlis perasmian. -TVS

Tags: BCF, sibu

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan