Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di Sibu

SIBU, 31 Mac : Dua lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya secara berasingan di daerah ini semalam.

Kejadian pertama di Jalan Deshon pada pukul 4.26 pagi menyebabkan Chow Wei Yee, 40, meninggal dunia dua jam selepas kemalangan ketika sedang dirawat di Hospital Sibu.

Ketua Bahagian Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan itu berlaku ketika mangsa dari arah Ulu Sungai Merah ke Jalan Tunku Abdul Rahman.

“Setibanya di lokasi, motosikal yang ditunggang Wei Yee telah melanggar belakang sebuah kereta yang berhenti disebabkan kehabisan minyak,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu kemalangan di Jalan Chew Kung , dekat sini pada pukul 12.55 tengah hari, seorang lagi penunggang motosikal, Johny Sia Mee Hu,46, meninggal dunia di tempat kejadian setelah motosikalnya bertembung dengan sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang mekanik.

Menurut Alexson, mangsa ketika itu dalam perjalanan ke Sungai Bidut dari arah Sungai Empawah.

” Akibat pertembungan itu, mangsa cedera di bahagian kepala manakala seorang lagi hanya cedera pada dagu dan lutut,” jelasnya.

Kedua-dua mereka dilaporkan tidak mempunyai lesen memandu dan tidak memakai topi keledar semasa kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan