Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasangan penjaga Eric berdepan hukuman mati
Pasangan penjaga Eric berdepan hukuman mati

Eric Chang : Pasangan pengasuh berdepan hukuman mati

KUCHING, 31 Mac : Pasangan pengasuh kanak – kanak lelaki, Eric Chang, berdepan hukuman mati mandatori selepas dituduh di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap kedua-dua tertuduh, Ling Kok Liang, 51, dan Wendy Chai Xue Zhen, 37.

Majistret Zaiton Anuar menetapkan 9 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Tan Chuan Yi manakala kedua – dua tertuduh yang memakai pakaian lokap tidak diwakili peguam.

Awal hari ini, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, kes kehilangan Eric sejak 7 Mac lalu dianggap selesai selepas kedua -dua suspek dituduh di mahkamah hari ini.

Salah seorang tertuduh, Wendy Chai Xue Zhen, 37, berdepan hukuman mati selepas didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan hari ini.

Katanya, kedua-dua suspek juga akan dituduh kerana memiliki lima waran tangkap di bawah kesalahan Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala salah seorang suspek akan turut dtuduh di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan berkaitan curi dalam bangunan.

Sebelum ini, Eric Chang yang berusia empat tahun dilaporkan hilang pada 7 Mac lalu di rumah pengasuhnya di Taman Riverview, Bintawa dan laporan dibuat oleh keluarganya pada hari sama.

Susulan itu, polis menahan empat individu iaitu pasangan penjaga serta ibu dan ayah Eric.

Semakan mendapati, kesemua mereka positif dadah selain memiliki 17 rekod jenayah lampau.

Ibu dan bapanya kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

Siasatan kes berkenaan pada mulanya dilakukan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak – Kanak 2001 namun polis mengklasifikasi semula siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Bagaimanapun, selepas tujuh hari, operasi ditamatkan sepenuhnya tanpa sebarang penemuan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan