Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Projek Jambatan Batang Igan yang ditangguh PH kini berjalan lancar

KUCHING, 30 Mac : Projek pembinaan Jambatan Batang Igan yang pernah ditangguhkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan kini berjalan lancar.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan I, Aidel Lariwoo berkata, projek berkenaan dijangka siap pada 2024.

Katanya, beliau sangat berpuas hati dengan perkembangan pembinaan walaupun pada masa sama beberapa projek besar yang lain turut dibina termasuk di Semantan dan Limbang.

“Jambatan Batang Igan sepanjang 1.43 kilometer (km) hampir sama dengan Jambatan Batang Sadong namun di Batang Sadong, projek berkenaan tidak mempunyai banyak concrite peirs berbanding di Igan yang memiliki reka bentuk unik,”katanya.

Aidel berkata, setakat ini kemajuan pembinaan telah mencapai 24.77 peratus dan telah mendahului 0.74 peratus lebih awal berbanding jadual asal.

Tambahnya, selepas projek pembinaan jalan termasuk jambatan di tengah Sarawak siap kelak, ia akan menjadi pelengkap perhubungan kerana bakal bersambung dengan Lebuh Raya Pan Borneo yang kini juga sedang dalam pembinaan.

Projek tersebut pada mulanya diluluskan ketika zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) namun ditangguhkan oleh Pakatan Harapan (PH) selepas mengambil alih pentadbiran Putrajaya.

Projek berkenaan kini dilaksanakan sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak di bawah pentadbiran Gabungan Parti Sarawak (GPS).-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan