Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis buru 20 lelaki bersenjata kayu baseball samun premis barangan komputer
Polis buru 20 lelaki bersenjata kayu baseball samun premis barangan komputer

Tujuh daripada 20 suspek rompakan bersenjata kayu baseball diberkas

KAJANG, 30 Mac : Polis berjaya menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan kes rompakan bersenjatakan kayu baseball di sebuah premis peralatan komputer di Bandar Damai Perdana, Cheras, pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Hassan berkata, tangkapan itu dilakukan selepas Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkenaan melakukan beberapa siri serbuan di sekitar Lembah Klang bermula pukul 12.30 pagi tadi.

Katanya, beberapa barangan juga berjaya dirampas termasuk 36 buah mesin bitcoin, dua komputer riba dan lima buah telefon bimbit.

“Polis turut merampas tiga buah kereta dan sebuah van yang dipercayai digunakan ketika melakukan kegiatan jenayah berkenaan,”katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.

Dalam kejadian rompakan itu, sekumpulan lelaki yang dianggarkan seramai 15 hingga 20 orang bertindak memecah masuk premis berkenaan dan melarikan pelbagai peralatan komputer yang dianggarkan bernilai RM70,000.

Rompakan itu yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di premis berhampiran juga tular di sosial media dan mendapat reaksi orang ramai yang menyuarakan kebimbangan.

Mohd. Zaid berkata, kesemua yang ditahan itu berusia dalam lingkungan umur 30 hingga 36 tahun dan direman selama lima hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan.

“Mereka mengaku terlibat dalam kes ini dan polis masih memburu saki baki suspek yang masih bebas,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan