Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penjawat Awam Berjaya dikalungkan Pingat Khidmat Setia di Mukah

Premier Sarawak sampaikan Pingat Perkhidmatan Setia kepada 193 penerima

ByTVS

MUKAH, 30 Mac : Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak, Datu Khirudin Drahman yang telah berkhidmat selama 33 tahun terpilih sebagai salah seorang penerima Pingat Perkhidmatan Setia yang disampaikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini.

Khirudin berkata, penghargaan berkenaan akan memberi semangat kepada beliau untuk terus mara ke hadapan bersama pasukannya.

“Kami akan terus memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Sarawak termasuk operasi menyelamat ketika bencana, memadam kebakaran serta keselamatan kebombaan,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas majlis penganugerahan berkenaan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Masyarakat (KPWK), Dato Sri Fatimah Abdullah dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion.

Selain Khirudin, seramai 192 penjawat awam lain di 10 jabatan serta agensi merangkumi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang berkhidmat untuk tempoh lama turut menerima penghargaan.

Mereka termasuklah Pegawai Daerah Dalat, Kueh Lei Poh yang berkhidmat selama 33 tahun dan Ismail Kasah iaitu Pegawai Daerah Tanjung Manis yang telah menyumbang bakti selama 28 tahun.

Selain itu, kesemua penerima pingat berkenaan adalah bebas daripada siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) , tiada rekod pelanggaran tatatertib dan bebas jenayah.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan