Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anthony Loke akui PH kini berdepan masalah
Anthony Loke akui PH kini berdepan masalah

Anthony Loke akui PH kini berdepan masalah

ByFirdaus Ismail

Kredit foto Facebook Anthony Loke

KUCHING, 29 Mac : Setiausaha Agung DAP baharu, Anthony Loke mengakui Pakatan Harapan (PH) ketika ini menghadapi pelbagai cabaran dan masalah dalam perjuangan politik gabungan itu.

Ahli Parlimen Seremban itu berkata, di sebalik ujian berkenaan, mereka tidak boleh berputus asa dan perlu bersama – sama berusaha untuk mengatasi segala kelemahan.

“Kita perlu kembali bangkit untuk meneruskan perjuangan reformasi dan membawa perubahan yang lebih baik,”kata beliau menerusi hantaran di Facebooknya.

Terdahulu, Anthony bersama anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang baharu dipilih pada 20 Mac lepas mengadakan lawatan bertemu Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu.

Anthony turut mengadakan pertemuan dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama anggota CEC berkenaan.

Mengenai hubungan DAP dengan PKR dan Amanah, beliau berkata, kerjasama bersama Anwar dan Mohamad telah terjalin sejak 1998 berteraskan asas yang kukuh serta semangat setiakawan dan perjuangan bersama.

“Kerjasama ini telah menghasilkan proses pendemokrasian di negara kita apabila berjaya menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan 2013 serta seterusnya menamatkan penguasaan BN sebagai Kerajaan Persekutuan pada 2018,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan