KUCHING, 29 Mac : Bermula 1 April ini Brunei Darussalam menetapkan pengembara yang memasuki negara itu perlu melalui Ujian Pantas Antigen (ART) dan mereka perlu menjalani ujian itu setibanya di negara tersebut.
Selain itu individu yang pernah dijangkiti COVID-19 perlu mempunyai bukti kesembuhan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam tempoh 90 hari.
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Brunei Darussalam yang telah dimuat naik dalam laman laman sosial, bagi individu yang telah pulih dari jangkitan COVID-19 serta mempunyai bukti dari pihak kesihatan dikecualikan menjalani ujian calitan RT-PCR sebelum meninggalkan negara asal.
“Golongan tersebut hanya perlu membuat Ujian Pantas Antigen (ART) semasa ketibaan di Brunei Darussalam yang mana kos pembayaran ART tersebut berharga $20 bersamaan dengan RM84.44,
“Mereka juga akan dikecualikan dari menjalani pengasingan diri mandatori (kuarantin) semasa tiba di Brunei Darussalam.” katanya dalam kenyataan. -TVS