Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga buah kampung di Assyakirin terima sumbangan buah kurma

Tiga buah kampung di Assyakirin terima sumbangan kurma

BINTULU, 27 Mac: Tiga buah kampung di Assyakirin menerima sumbangan buah kurma daripada Pusat Khidmat Tanjong Batu sempena kehadiran Ramadan tidak lama lagi. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang berkata, sebanyak 600 kotak kurma diagihkan kepada setiap isi rumah di Kampung Assyakirin Fasa 1, Kampung Assyakirin Fasa 2 dan Kampung Assyakirin Fasa 3. 

“Selain kurma, kita turut memberi jadual waktu imsak dan berbuka puasa kepada penduduk kampung,” katanya selepas majlis penyerahan berkenaan di pusat khidmatnya di Bintulu Sentral, di sini hari ini. 

Menurut Johnny, berikutan COVID-19 masih lagi menjadi kebimbangan rakyat, pengagihan diserahkan kepada pihak pengurusan kampung masing-masing. 

“Kita mengambil keputusan untuk tidak menghantar kurma secara rumah ke rumah seperti yang biasa dilakukan sebelum pandemik untuk melindungi penduduk,” katanya.

Sementara itu, Johnny turut mengingatkan orang ramai agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan meskipun negara bakal beralih ke fasa endemik bermula bulan depan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan