Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak belanja RM8.48 bilion laksanakan 541 projek utiliti
Sarawak belanja RM8.48 bilion laksanakan 541 projek utiliti

Sarawak belanja RM8.48 bilion laksana 581 projek utiliti – Julaihi

SIBU, 27 Mac : Kerajaan Sarawak telah membelanjakan RM8.48 bilion untuk melaksanakan sebanyak 581 projek utiliti termasuk projek kesejahteraan rakyat.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi negeri, Datuk Julaihi Narawi berkata, peruntukan besar itu disalurkan bagi memastikan negeri ini mencapai beberapa visi yang digariskan termasuklah penyambungan bekalan air bersih 100 peratus di seluruh Sarawak menjelang 2025.

Bagi program berkaitan penyambungan bekalan air bersih, Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau berkata, kementeriannya telah bekerjasama dengan Lembaga Air Sibu (SWB), Lembaga Air Kuching (KWB) , LAKU Management Sdn. Bhd. dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBLAB) untuk merangka strategi.

“Ini termasuklah mencadangkan projek-projek untuk mencapai visi Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ke arah memacu Bumi Kenyalang sebagai negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Tahunan dan Pelancaran Pelan Anti Rasuah SWB di sini hari ini.

Berhubung pembekalan air terawat, Julaihi berkata, sasaran kementeriannya adalah untuk membekalkan air bersih kepada semua rakyat Sarawak merangkumi kawasan luar bandar, pedalaman, pesisir, pekan kecil, pekan besar atau bandar.

“Usaha ini juga untuk memastikan tidak ada golongan rakyat yang ketinggalan menikmati bekalan air bersih yang merupakan keperluan penting dalam kehidupan,”katanya.

Sehubungan itu katanya, kementeriannya telah memperkenalkan Sarawak Alternative Water Supply (SAWAS) bagi menyediakan air bersih di pedalaman yang tidak mempunyai akses jalan raya.

Sementara itu, beliau juga berharap agensi di bawah kementeriannya yang diberi tanggungjawab supaya sentiasa peka dan bertindak segera menyelesaikan setiap aduan berkaitan utiliti agar tidak menyukarkan aktiviti harian rakyat.

“Tidak ada alasan lagi untuk menerima aduan kerana kini kita mempunyai media sosial yang mudah diakses dan pantas menyalur serta menerima maklumat,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan