Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kes menurun, kanak – kanak lelaki 12 tahun antara korban COVID-19 di Sarawak

KUCHING, 27 Mac : Perkembangan jangkitan COVID-19 di Sarawak bagi tempoh 24 jam lalu menunjukkan jumlah kes menurun kepada 631 berbanding 960 semalam.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, daripada jumlah itu, seramai 627 kes pada kategori satu dan dua manakala empat kes dalam kategori tiga, empat dan lima.

“Ini menjadikan jumlah kes kumulatif meningkat kepada 295,430 kes sejak dilanda pandemik,” jelas JPBN menerusi kenyataan media hari ini.

Sementara itu, seorang kanak – kanak lelaki berusia 12 tahun di Serian yang mempunyai sejarah penyakit cerebral palsy disahkan meninggal dunia akibat COVID-19 pada 24 Mac lepas.

Seorang lagi kematian direkodkan di Sibu melibatkan lelaki berumur 51 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi , jantung dan paru – paru kronik yang meninggal dunia pada 25 Mac.

JPBN turut mengesahkan Kluster Lorong Cahaya Maju di Kuching telah tamat namun ini kekal merekodkan kes jangkitan baharu tertinggi iaitu sebanyak 191 kes. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan