Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menara Eiffel bergelap selama satu jam sempena Earth Hour

Menara Eiffel bergelap sejam sempena Earth Hour

ByJas

PARIS, 27 Mac : Menara Eiffel bergelap selama satu jam bermula 8.30 malam waktu tempatan sempena Earth Hour tahun ini, lapor Reuters.

Kempen anjuran World Wildlife Fund for Nature (WWF) itu memasuki tahun ke-15 diadakan bagi menggesa tindakan yang lebih peka terhadap perubahan iklim dunia.

Selain Perancis, negara Eropah lain yang menyokong termasuklah Greece dan Jerman.

Di Greece, mercu tanda terkenal iaitu Acropolis of Athens, kuil Parthenon serta kuil purba yang lain di Bukit Acropolis turut bergelap.

Selain itu, bangunan parlimen Greece dan hotel di sekitar ibu negara serta White Tower of Thessaloniki turut mengambil bahagian.

Di Asia Barat, lampu menara Milad dan Azadi di Tehran yang merupakan bangunan ikonik di Iran turut dipadamkan semalam.

Acara global itu dimulakan oleh WWF pada 2007 untuk meningkatkan kesedaran penduduk dunia mengenai perubahan iklim dan keperluan untuk memelihara alam sekitar.

Beberapa pemilik bangunan di bandar raya utama di Asia Tenggara termasuk Bangkok, Kuala Lumpur dan Kuching turut menyertai kempen kesedaran itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan