Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 27 Mac : Gandingan orang lama dan baharu akan terus menjadikan Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB) sentiasa relevan sepanjang masa.
KUCHING, 27 Mac : Gandingan orang lama dan baharu akan terus menjadikan Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB) sentiasa relevan sepanjang masa.

Gandingan veteran dan belia kukuhkan PBB

KUCHING, 27 Mac : Gandingan orang lama dan baharu akan terus menjadikan Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB) sentiasa relevan sepanjang masa.

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak merangkap pengerusi Parti PBB Cawangan Bukit Sari, berkata jika sesebuah parti tersebut diterajui oleh muka baharu sahaja, mungkin menyukarkan imbangan dalam perjuangan Parti PBB itu sendiri.

“Saya ingin melihat bahawa akan terdapat gandingan antara yang lama dan yang baharu, tetapi jika sesebuah parti tersebut semua golongan baru menyukarkan imbangan perjuangan parti itu sendiri,”

“Dalam masa yang sama Parlimen juga telah meluluskan pindaan perlembagaan yang membolehkan belia yang berumur 18 tahun untuk menjadi calon dan menjadi pengundi,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Awang Tengah juga menegaskan bahawa Sarawak merupakan negeri pertama yang telah mengiktiraf peranan belia dalam bidang politik.

“Kita di Sarawak adalah antara negeri yang pertama yang menggubal undang-undang selaras dengan pindaan yang dibuat oleh parlimen yang mana memastikan kesinambungan dari segi kepimpinan anak-anak muda bagi meneruskan perjuangan kita,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada mesyuarat agung pemilihan PBB Cawangan Bukit Sari di Lawas.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Setiausaha Eksekutif parti PBB Sarawak, Datuk Awang Bujang Awang Antek bersama-sama Setiausaha Politik Premier Sarawak merangkap Exco Majlis Kerja Tertinggi Parti PBB Sarawak, Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Haji Jawa.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan