Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

APMM Semporna patahkan cubaan seludup masuk rokok tanpa cukai

SEMPORNA, 27 Mac : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Semporna berjaya mengagalkan cubaan menyeludup rokok di perairan Semporna pada pukul 4.30 pagi semalam.

Pengarah Maritim Malaysia , Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata, anggotanya yang menjalankan Op Pluto Timur mengesan sebuah bot enjin sangkut dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, bot berwarna kelabu tanpa nombor pendaftaran itu berada pada kedudukan 0.1 batu nautika di utara Kampung Alor Semporna.

“Ketika dihampiri, pengendali bertindak mengemudi bot ke kawasan cetek sebelum dia terjun ke kawasan daratan berhampiran,”katanya menerusi kenyataan media semalam.

Beliau memberitahu, pemeriksaan terhadap bot mendapati suspek meninggalkan tong-tong kosong yang dipercayai untuk diisi petrol sebelum diseludup keluar ke negara jiran.

“Pemeriksaan lanjut menemui 36,000 batang rokok dan nilai rampasan keseluruhan termasuk bot dan enjin bernilai lebih kurang RM 242,500,” katanya.

Menurutnya, kes akan disiasat di bawah Akta Kastam 1967 kerana cubaan menyeludup masuk rokok tanpa cukai.

“Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengesan pemilik bot serta dalang kepada sindiket ini,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan