KUCHING, 26 Mac : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak berjaya menyelamatkan seorang kanak – kanak berusia setahun yang terperangkap di dalam kereta di Taman BDC petang tadi.
Menurut kenyataan JBPM, operasi menyelamat dilakukan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan.
” Kanak – kanak itu terperangkap dalam kenderaan jenis Mitsubishi Xpander.
” Pasukan mengambil masa selama setengah jam untuk mengeluarkan kanak – kanak itu,”jelas JPBM menerusi kenyataan media hari ini.
Operasi berkenaan diketuai oleh Penguasa Bomba Kanan II, Ganisan Punisami. -TVS