Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
STATOS ANJUR 'DISCOVER SARAWAK DAY' TARIK GURU DAN PELAJAR SINGAPURA
STATOS ANJUR 'DISCOVER SARAWAK DAY' TARIK GURU DAN PELAJAR SINGAPURA

STATOS anjur Discover Sarawak Day tarik guru dan pelajar Singapura

KUCHING, 25 Mac : Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak, Singapura (STATOS) bekerjasama dengan IPC Tours yang berpangkalan di Singapura telah menganjurkan acara  ‘Discover Sarawak Day’ menggunakan teknologi realiti maya (VR) di Galeri STATOS untuk menggalakkan pelajar dan guru di republik itu memilih Sarawak sebagai destinasi lawatan pendidikan. 

Dalam kenyataan hari ini, STATOS berkata acara itu yang diadakan pada 18 Mac menyaksikan guru dan pelajar dibawa ‘meneroka’ Sarawak menggunakan aplikasi VR untuk sekitaran 3 dimensi yang mempamerkan pelbagai jenis makanan, festival dan tarikan pelancongan di Sarawak serta penerangan oleh pemandu pelancong di Kota Singa itu dan Sarawak.

Para hadirin mengambil peluang mengenali Sarawak dengan lebih dekat menerusi reruai foto dan mereka teruja dapat mengetahui lebih lanjut mengenai makanan dan produk yang terdapat di  bumi Kenyalang itu.

Ketua Pegawai Eksekutif STATOS Cheng Chang Guan menjelaskan program itu dianjurkan sebagai maklum balas kepada permintaan Premier Sarawak ,Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg agar STATOS mewujudkan hubungan pendidikan antarabangsa baharu antara Singapura dan Sarawak.

“Kami percaya Sarawak akan menawarkan pengalaman pendidikan yang menarik untuk semua pelajar dan mengorak langkah lebih jauh ke peringkat pendidikan tinggi,” katanya.

Chew berkata beliau telah mengatur kerjasama yang serupa antara Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Copenhagen University dari Denmark yang menyaksikan pelajar melawat Sarawak dan turut membuat rancangan ekonomi untuk kaedah pertanian lebih baik bagi masyarakat luar bandar di negeri itu.

“Program pasukan kami dan pertukaran idea telah diterima dengan baik oleh pengusaha pelancongan, guru dan pensyarah. Sangat bagus turut melibatkan IPC Tours, iaitu satu daripada syarikat pelancongan pendidikan yang dihormati di Singapura, bekerjasama dengan kami dalam program baharu yang menarik ini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan