Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bomba Sarawak dan REDS mahu wujudkan radio amatur di Mulu

ByNazirah Adlina

KUCHING, 25 Mac: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak dan Radio Emergency Drone Sarawak (REDS) sedang dalam perancangan untuk mewujudkan perkhidmatan radio amatur di Mulu.

Pengarah JBPM Sarawak, Datu Khirudin Drahman berkata, kedua-dua pihak kini sedang berusaha mendapatkan pembiayaan yang dianggarkan sebanyak RM50 000 untuk merealisasikan hasrat berkenaan.

Katanya, alat komunikasi tersebut mampu mengatasi masalah liputan komunikasi yang terhad di Mulu.

“Ini kerana alat komunikasi yang mahu dibangunkan di situ tidak bergantung kepada talian tetap dan satelit sebaliknya menggunakan frekuensi radio yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas hadir pada Majlis Penyerahan Emergency Radio Communication (REDS) – Bomba Sarawak di sini hari ini.

Sementara itu, Khirudin berkata, JBPM Sarawak berharap agar pihak berkuasa dapat menambah bilangan menara ‘Repeater’ di negeri ini bagi memastikan rangkaian komunikasi tidak terputus.

“Penyampaian informasi yang cepat pada masa kecemasan atau bencana merupakan keperluan mendesak.

“Ini kerana setiap saat ketika berlaku (bencana dan kecemasan) sangat bernilai untuk proses mengkoordinasi bantuan dan sebagainya,” katanya.

Berhubung kerjasama REDS dengan JBPM Sarawak , Khirudin berkata, sejak 2017 kedua-dua pihak telah mengorak langkah berkenaan dan ketika ini terdapat seramai 92 orang ahli anggota REDS aktif di seluruh Sarawak. – TVS

Tags: bomba, REDS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan