Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pengiktirafan diraih SMA bukti usaha Sarawak capai kualiti antarabangsa

ByFebbright James

KUCHING, 25 Mac : Kejayaan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) meraih tempat pertama Anugerah Inovasi Ekonomi Digital 10+3 (ASEAN + China, Jepun dan Republik Korea Selatan) menerusi penyertaan Sistem Operasi Bandar Pintar Sarawak membuktikan negeri ini komited ke arah visinya untuk mewujudkan bandar pintar.

Pengurus Besar SMA, Dr Zaidi Razak berkata, pada masa sama anugerah berprestij itu telah mengiktiraf pelbagai usaha yang dilakukan Sarawak untuk memperkasa ekonomi digitalnya.

Katanya, kejayaan itu turut memberi suntikan semangat kepada pihak berkepentingan untuk bergerak ke hadapan bagi mencapai hasrat Sarawak yang mahu menjadi negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.

“Anugerah itu menggambarkan bahawa langkah yang telah kita ambil selama ini berada di landasan yang tepat demi masa depan Sarawak yang cerah.

“Selain itu, ia juga membantu untuk menangani keraguan berhubung kemampuan Sarawak bergerak ke hadapan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media selepas mengadakan kunjung hormat bertemu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Zaidi bersama delegasinya hadir bagi menyerahkan anugerah yang dimenangi pada 8 Disember tahun lepas ketika Forum Inovasi Ekonomi Digital 10+3 (ASEAN + China, Jepun dan Korea Selatan) berlangsung di Yunnan, China kepada Abang Johari.

Pertandingan itu melibatkan lebih 200 penyertaan dari 26 finalis negara ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan termasuk MYEG Services Berhad dan Tencent Cloud Computing (Beijing) Co Ltd.

Dalam pada itu katanya inisiatif pelan induk itu sejajar dengan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030) dan objektif Rancangan Malaysia Ke-12 negeri.

” Ia memperincikan cara menjadikan bandar-bandar di Sarawak lebih sesuai untuk didiami dan makmur dengan Smart Kuching sebagai model.

“Selain menjadikan negara maju yang lain sebagai penanda aras, kita juga perlu mengorak langkah baharu ke hadapan. Menerusi anugerah ini, ia sememangnya satu jaminan yang baik,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan