Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
JKDM rampas senjata api dianggarkan bernilai RM5,125.43 di sebuah rumah di Bintulu

Lelaki beli senjata api online ditahan

ByTVS

BINTULU, 24 Mac: Tindakan seorang lelaki membeli senjata api secara dalam talian membawa padah apabila ditahan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Pengarah JKDM Sarawak, Mohd. Nadzri Ariffin berkata, lelaki itu ditahan selepas JKDM Bintulu dan Kuching menyerbu sebuah rumah di Jalan Sibiew pada 10 Mac lepas.

Katanya, suspek berusia 56 tahun hadir di lokasi berkenaan pada pukul 10.20 pagi untuk menuntut bungkusan ‘barangan’ yang dibelinya dari luar negara.

“Hasil pemeriksaan lanjut di rumah itu telah membawa kepada penemuan peralatan senjata, dua unit Hatsan Airtact Synthetic Stock, satu unit BSA Contender Riflescope Hunting Optics Sight, satu unit Airsoft High pressure Indicator Ds Tm, dan satu set Scope Extension Mount (ohhunt),” katanya dalam kenyataan media.

Menurutnya, kesemua senjata api itu dianggarkan bernilai RM5,125.43.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 kerana mengimport senjata dari luar negara menggunakan perkhidmatan kurier tanpa pengikraran dan permit yang sah,”katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan