Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
30 anggota APM Betong terima anugerah bintang dan pingat sempena HUTPA-70

30 anggota APM Betong terima pingat sempena sambutan ulang tahun ke-70

ByJas

BETONG, 24 Mac: Seramai 30 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) daerah ini dianugerahkan bintang dan pingat kebesaran APM Malaysia sempena Majlis Hari Ulang Tahun ke-70 pasukan itu hari ini.

Pegawai Pertahanan APM Daerah Betong, Desem Samuel berkata, sambutan pada hari ini juga menyaksikan seramai 18 anggotanya telah menerima kenaikan Lain Lain Pangkat (LLP).

Bagaimanapun katanya, seorang anggota tidak dapat hadir kerana menjalani kuarantin.

Gambar menunjukkan 17 anggota yang telah menerima kenaikan pangkat LLP di Betong hari ini. Sumber: APM Betong

“Selain itu, seramai 15 anggota APM Betong turut menerima pingat Am Pertahanan Awam manakala seramai 15 yang lain menerima Sijil Penghargaan Penugasan COVID-19 2021,” katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

Sempena sambutan hari ulang tahun itu, difahamkan seramai 1,178 anggota APM di seluruh negara dianugerahkan bintang dan pingat kebesaran pasukan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan