Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat wanita ditemui terapung di Sungai Rajang, Kanowit
Mayat wanita ditemui terapung di Sungai Rajang, Kanowit

Mayat wanita ditemukan terapung berhampiran tebing Sungai Rajang

KANOWIT, 24 Mac: Seorang lelaki terkejut apabila mendapati ‘objek terapung’ yang dilihatnya dalam Sungai Rajang, berhampiran jeti di sini merupakan mayat seorang wanita.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit, Penolong Penguasa Bomba Arrahman Chik berkata, pihaknya menerima laporan penemuan mayat itu pada pukul 12.50 tengah hari tadi.

“Sepasukan lima anggota bomba tiba di lokasi dan menggunakan sebuah bot untuk mengangkat mayat berkenaan,”katanya menerusi kenyataan media.

Beliau memberitahu, mayat yang lengkap berpakaian itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kanowit , Deputi Superintendan Tega Bilong ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, mangsa dikenali sebagai Chandi Skudan yang berusia 41 tahun dan berasal dari Rumah Pungga Nanga Aya, Sungai Poi.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan