Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekumpulan pakar undang-undang, penyelidik dan pegawai daripada kerajaan Persekutuan dan Sabah akan berada di London untuk mencari dan mengkaji sebarang rujukan berkaitan hak negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Borneonisasi: Penyertaan anak muda Sabah, Sarawak dalam perkhidmatan awam persekutuan diutamakan

KUALA LUMPUR, 24 Mac: Pelaksanaan dasar berhubung pengisian ketua jabatan Persekutuan di Sabah dan Sarawak diberikan keutamaan dalam pelaksanaan Borneonisasi supaya diisi oleh anak negeri Sabah dan bumiputera Sarawak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah & Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata sehingga kini kesemua 109 perjawatan ketua jabatan di jabatan persekutuan di Sabah telah diisi sepenuhnya dengan 54 orang atau 49.5 peratus terdiri daripada oleh orang Sabah.

Bagi negeri Sarawak pula, beliau berkata daripada 117 perjawatan ketua jabatan di jabatan Persekutuan di negeri itu, 109 perjawatan telah diisi dengan 68 orang atau 64 peratus terdiri dari anak Sarawak.

“Setelah Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ditubuhkan, cadangan berhubung pelaksanaan Borneonisasi pertama sekali telah dibentangkan dalam jawatankuasa kerja di bawah majlis itu iaitu Jawatankuasa Sosio Ekonomi (JKSE) pada 18 Feb lepas. 

“Dari segi perancangan, antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai keutamaan pengambilan dan peningkatan penyertaan anak-anak muda dari Sabah dan Sarawak dalam perkhidmatan awam Persekutuan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Jugah Anak Muyang (Bebas-Lubok Antu) mengenai perancangan kerajaan Persekutuan dalam mempercepatkan pelaksanaan Borneonisasi selaras dengan MA63 serta Perkara 20 (Sabah) dan Perkara 18 (Sarawak).

Jugah juga ingin tahu mengenai jumlah pegawai dari Sabah dan Sarawak yang memegang jawatan ketua jabatan dan jabatan Persekutuan di kedua-dua negeri itu.  

Ongkili berkata selain pengisian perjawatan itu, turut dibincang dalam JKSE itu adalah isu mengenai kelayakan elaun kepada anggota perkhidmatan awam yang lebih setara dan saksama seperti elaun perumahan bagi anggota perkhidmatan awam dari Sabah dan Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan