Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Myanmar sedang giat berusaha mengenal pasti dan mengusir warga asing yang memasuki negara itu secara haram, terutamanya mereka yang terlibat dalam operasi penipuan dalam talian. Foto: BERNAMA

Pengurus bank rugi lebih RM605,000 ditipu Macau Scam

SEREMBAN, 23 Mac: Seorang pengurus bank di Kuala Lumpur membuat laporan polis di sini semalam selepas mendakwa mengalami kerugian berjumlah RM605,000 akibat menjadi mangsa Macau Scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan Supt Aibee Abd Ghani berkata wanita berusia 53 tahun itu mendakwa ia bermula apabila dia menerima panggilan telefon daripada seorang wanita bernama ‘Suraya Sani’ kononnya dari ibu pejabat Etiqa di sini kira-kira pukul 5 petang Januari lepas.

Beliau berkata ‘Suraya’ mendakwa ada individu menggunakan nama pengurus bank berkenaan untuk menuntut pampasan, dan panggilan kemudiannya disambung kepada seorang lelaki yang mengaku sebagai ‘Sarjan Hairul Mohd Musa’ dari Balai Polis Pudu.

Dalam kenyataan di sini hari ini Aibee berkata pengurus bank itu ditunjukkan dokumen kononnya waran tangkap, dan bagi menyelesaikan ‘masalah’ itu wanita berkenaan diminta memindahkan wangnya dari akaun ASNB dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masing-masing berjumlah RM425,000 dan RM180,000 ke akaun Bank Islamnya.

Dalam kenyataan di sini hari ini Aibee berkata pengurus bank itu ditunjukkan dokumen kononnya waran tangkap, dan bagi menyelesaikan ‘masalah’ itu wanita berkenaan diminta memindahkan wangnya dari akaun ASNB dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masing-masing berjumlah RM425,000 dan RM180,000 ke akaun Bank Islamnya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan