Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lelaki mahu ‘rampas’ kanak-kanak ditahan

ByTVS

SIBU, 23 Mac: Seorang lelaki yang bertindak di luar kawalan apabila mahu ‘merampas’ seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang berada dalam sebuah kereta bersama ibunya berjaya ditahan oleh orang awam semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Dr Collin Babat berkata, kejadian itu berlaku di hadapan sebuah bank di Jalan Mission pada pukul 12.30 tengah hari.

Katanya, pengadu yang merupakan seorang ibu tunggal berusia 28 tahun ketika itu bersama anak lelakinya dan seorang anak buah berusia 13 bulan sedang menunggu ayahnya yang mempunyai urusan di bank berkenaan.

“Seorang lelaki yang tidak dikenali muncul dan cuba membuka pintu kereta yang berkunci.

“Wanita itu kemudian menurunkan cermin kereta untuk bertanya apa yang dimahukan oleh lelaki itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Collin berkata, lelaki itu kemudian bertindak agresif apabila meletakkan kakinya di atas bonet kereta.

Situasi cemas itu menyebabkan pengadu terus menghubungi ayahnya yang kemudian bergegas keluar dari bank dan bertanya sebab suspek bertindak sedemikian.

“Lelaki itu memberitahu dia mahukan anak pengadu sambil cuba membuka pintu kereta itu,” katanya.

Menyedari situasi semakin tegang, ayah pengadu telah meminta pertolongan daripada pengawal keselamatan dan kakitangan bank menyebabkan suspek cuba melarikan diri.

“Suspek yang berusia 31 tahun berjaya ditahan dan diserahkan kepada anggota dari Balai Polis sentral Sibu,” katanya.

Beliau memberitahu, berdasarkan semakan, lelaki itu mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgunaan dadah direman selama tiga hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – TVS

Tags: ipdsibu, sibu

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan