Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pembinaan pangkalan TLDM di Bintulu perlu disegerakan
Pembinaan pangkalan TLDM di Bintulu perlu disegerakan

Pembinaan pangkalan TLDM di Bintulu perlu disegerakan

ByNur Suhaida Muliyono

Kredit gambar: Awang Azmil TVS

KUCHING, 23 Mac: Armada Timur, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berharap pembinaan pangkalan tentera laut di Bintulu yang telah mendapat lampu hijau dapat dilaksanakan segera menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Panglimanya, Laksamana Madya Datuk Sabri Zali berkata, ini kerana kawasan perairan Sarawak sepanjang lebih 1,000 kilometer (km) masih belum memiliki pangkalan TLDM berbanding di Sabah dan Semenanjung Malaysia.

Ujar beliau, antara cabaran terbesar yang dihadapi untuk merealisasikan hasrat berkenaan ialah kos pembinaan yang amat tinggi.

“Kami telah ditawarkan lokasi di Samalaju, Bintulu oleh Kerajaan Sarawak (untuk pembinaan pangkalan TLDM) namun bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan.

“Ketika ini, TLDM dan Kementerian Pertahanan dalam proses akhir untuk mendapatkan dana dan proses ini melibatkan Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan agensi – agensi yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas hadir pada Majlis Penutupan Eksesais OSTEX EAST 1/22, di sini hari ini. 

Mengulas lanjut tentang kepentingan pangkalan berkenaan, Sabri berkata, ketika ini TLDM terpaksa menggunakan aset kawalan perairan yang terdapat di Kota Kinabalu, Sabah dan kapal – kapal dari pangkalan di Semenanjung.

“Sehubungan itu, tidak timbul isu kita tidak menjaga kawasan perairan di Sarawak yang hampir dengan kawasan yang menjadi pertikaian di Laut China Selatan kerana kita mengkoordinasikan aset – aset yang ada untuk memantau dan melaksanakan kawalan di sini,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan