Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pejalan kaki maut dilanggar warga emas

MUKAH, 23 Mac: Seorang lelaki berusia 47 tahun maut selepas dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu oleh warga emas pada Isnin di Jalan Mukah-Selangau.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias, berkata mangsa lelaki dikenali sebagai Stapa Kunsil, berasal dari Ulu Sikat, Mukah meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah.

“Dalam kejadian sekitar 7.30 malam itu mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta yang dipandu seorang warga emas dari arah Selangau ke Mukah secara tiba-tiba melanggar pejalan kaki yang sedang melintas jalan,

“Pemandu terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.” katanya dalam satu kenyataan.

Pemandu kenderaan berusia 68 tahun itu seterusnya bertindak melaporkan kejadian tersebut di Balai Polis Selangau.

Warga emas terbabit ditahan di bawah Seksyen 112 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan