Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sokong beku akaun bank bekas suami enggan bayar nafkah – Fatimah

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

SAMARAHAN, 22 Mac : Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Masyarakat (KPWK) Sarawak menyokong keputusan Kerajaan Persekutuan yang mahu membekukan akaun bank bekas suami yang gagal melunaskan bayaran nafkah kepada bekas pasangannya.

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, langkah itu sebagai membela nasib wanita yang berdepan kesusahan selepas penceraian.

Ujar beliau, di Sarawak, kementeriannya akan bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk memastikan polisi itu dapat dilaksanakan pada tahun ini.

“Ini penting terutamanya bagi wanita yang diceraikan oleh bekas suami yang tidak bekerja di sektor awam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Penyerahan Geran Kelab Rukun Tertangga (KRT) Komuniti Sejahtera Keluarga Malaysia di sini hari ini.

Fatimah mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru – baru ini bahawa kerajaan akan membekukan akaun bank bekas suami yang ingkar untuk membayar nafkah kepada bekas isteri.

Sementara itu, beliau turut menyokong keputusan membenarkan isteri yang kematian suami bekerja dari rumah dalam tempoh iddah iaitu selama empat bulan 10 hari. -TVS

Tags: #bm, KPWKM, sarawak

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan