Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Mubadala Petroleum mulakan pengeluaran gas pertama dari luar pesisir Sarawak

KUALA LUMPUR, 22 Mac : Mubadala Petroleum, syarikat tenaga antarabangsa berpangkalan di Abu Dhabi telah memulakan pengeluaran gas pertama dari lapanganĀ gas Pegaga di Blok SK 320, luar pesisir Malaysia.

Syarikat itu berkata sebagai pembangunan strategik utama untuk sektor tenaga tempatan, Pegaga akan menjadi lapangan pengeluar utama yang membekalkan gas ke Kompleks LNG Petronas di Bintulu, Sarawak.

Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mansoor Mohamed Al Hamed berkata , pencapaian Pegaga itu adalah mercu tanda bagi Mubadala Petroleum.

ā€œSelepas mengambil projek ini daripada penemuan kepada pembangunan dan kini menjadi pengeluaran dengan sokongan Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), Petronas, rakan kongsi dan kontraktor kami, ini menunjukkan keupayaan mendalam, daya tahan dan komitmen kami sebagai pembekal tenaga.

ā€œDengan tumpuan strategik kami terhadap gas sebagai bahan api sebagai penghubung utama dalam peralihan tenaga, pencapaian ini mencerminkan cita-cita kami untuk masa depan sebagai pelabur jangka panjang dan rakan kongsi tenaga strategik,ā€ katanya.

Naib Presiden Kanan MPM Petronas, Mohamed Firouz Asnan berkata, Pegaga adalah pengeluar utama yang akan menyumbang ke arah mengekalkan bekalan gas Malaysia untuk beberapa dekad akan datang.

ā€œProjek itu yang membuat keputusan pelaburan pada masa pasaran minyak masih bertapak pada 2018, menunjukkan keyakinan pelabur terhadap industri huluan Malaysia.

ā€œKemudahan itu direka bentuk dan direka sepenuhnya di negara ini, dilaksana dalam tempoh paling sukar yang disebabkan oleh pandemik COVID-19, menggariskan daya tahan ekosistem negara,ā€ katanya.

Mubadala Petroleum telah wujud di Malaysia sejak 2010 dan merupakan pengendali Blok SK 320 dengan 55 peratus kepentingan manakala Petronas Carigali Sdn Bhd, anak syarikat Petronas memegang sebanyak 25 peratus dengan Sarawak Shell Bhd memegang baki 20 peratus kepentingan.

Lapangan gas Pegaga terletak di wilayah Central Luconia, luar pesisir Sarawak pada kedalaman air kira-kira 108 meter. Konsep pembangunan terdiri daripada kemudahan platform pusat pemproses gas bersepadu luar pesisir (ICPP).

Kumpulan itu berkata kemudahan itu direka bentuk untuk pengeluaran gas sebanyak 550 juta kaki padu standard sehari ditambah dengan kondensat dan gas yang dihasilkan akan dipindahkan melalui saluran paip bawah laut sepanjang empat kilometer, 38 inci yang menghubungkan ke rangkaian gas luar pesisir sedia ada dan seterusnya ke Kompleks LNG Petronas di Bintulu.

Pada tempoh kemuncak penularan COVID-19 di Malaysia, pembinaan ā€˜jacket dan wellhead deckā€™ dibina di Lumut dan Kuching dipasang pada April 2020 diikuti dengan kerja-kerja penggerudian pembangunan Pegaga.

Pengapungan dan pemasangan ICPP kemudiannya telah disiapkan dengan selamat pada Ogos 2021, katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan