Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Jelajah SONS merakyatkan seni orkestra di Sarawak

KUCHING, 21 Mac : Simponi Orkestra Negeri Sarawak (SONS) yang lazimnya membuat persembahan di majlis-majlis besar bakal menghiburkan rakyat Sarawak melalui siri penjelajahan kumpulan pemuzik profesional di seluruh negeri ini.

Inisiatif ini dilaksanakan melalui Majlis Seni Sarawak (MSS), yang mana pendekatan adalah untuk merakyatkan seni orkestra.

Menteri Pelancongan, Industri Kretif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, usaha tersebut selaras dengan aspirasi Premier Sarawak yang mahu seni persembahan Orkestra dinikmati oleh penduduk di bahagian lain.

“Selalunya apabila ada program-program besar yang memerlukan persembahan yang besar, Simponi Orkestra Negeri Sarawak akan membuat persembahan di Dewan Undangan Negeri, balai-balai di Kuching dan saranan daripada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg supaya merakyatkan SONS agar bahagian-bahagian lain di Sarawak dapat menikmati dan menghargai persembahan mereka,” katanya.

SONS ditubuhkan pada tahun 1988, dan sekarang mempunyai 70 orang pemuzik profesional disamping untuk mencungkil bakat dalam kalangan anak Sarawak.

Abdul Karim berkata, kewujudan SONS membuktikan Sarawak mempunyai ramai anak seni yang berkebolehan malah memiliki bakat yang luar biasa termasuk dalam bidang muzik.

Justeru, langkah MSS melatih mereka menjadi pemuzik profesional merupakan sebahagian bukti kerajaan menghargai bakat anak tempatan.

“Di Sarawak terdapat ramai pemuzik-pemuzik yang mempunyai kebolehan dalam persembahan orkestra,” katanya lagi.-TVS

Tags: #bm, orkestra, sons

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan