Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemandu kereta Perodua Axia Maut di Jalan Bukut Mukah-Selangau

Lelaki maut kemalangan di Jalan Bukut Mukah-Selangau

ByTVS

MUKAH, 21 Mac : Seorang lelaki maut dalam satu kemalangan melibatkan sebuah kereta dan sebuah lori di Jalan Bukut Mukah-Selangau pada pagi Isnin.

Mangsa John Inti, 43, yang merupakan seorang pekerja swasta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superitenden Muhamad Rizal Alias kemalangan berlaku sekitar 7.20 pagi melibatkan sebuah lori dan sebuah kereta Perodua Axia.

“Kemalangan berlaku apabila lori yang bergerak dari arah Simpang Bukut menuju ke Selangau.

“Apabila lori tersebut melalui suatu selekoh di Jalan Bukut pemandu lori telah bertembung dengan sebuah kereta yang secara tiba-tiba hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan,

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Mukah untuk tujuan bedah siasat. Pemandu lori tidak mengalami apa-apa kecederaan.” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan