Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
HANOI, 20 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata politik di Malaysia adalah stabil ketika ini dan beliau yakin lebih banyak pelaburan luar akan memasuki negara.
HANOI, 20 Mac -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (lima, kiri) bergambar kenangan bersama ahli perniagaan Vietnam pada sesi pertemuan bersama syarikat perniagaan Vietnam di sebuah hotel hari ini. Turut sama Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah (tiga, kanan) dan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (empat, kiri). --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Politik negara stabil, lebih banyak pelaburan akan masuk ke Malaysia – Perdana Menteri

HANOI, 20 Mac : Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata politik di Malaysia adalah stabil ketika ini dan beliau yakin lebih banyak pelaburan luar akan memasuki negara.

Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan, Ismail Sabri berkata buat julung kalinya pembangkang dan kerajaan boleh duduk bersama untuk berbincang isu berkaitan negara.  

Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan, Ismail Sabri berkata buat julung kalinya pembangkang dan kerajaan boleh duduk bersama untuk berbincang isu berkaitan negara.  

“Keadaan politik stabil ketika ini, sebab itu kita yakin lebih banyak pelaburan luar akan masuk ke Malaysia, cuma ramai yang minta diadakan pilihan raya lebih awal. Kita risau juga jika pilihan raya lebih awal, kestabilan mungkin tidak dapat dikekalkan. 

Ismail Sabri berkata demikian pada majlis perjumpaan bersama Keluarga Malaysia di sini sempena lawatan rasmi beliau ke Vietnam selama dua hari bermula hari ini.

Menjelaskan perkara itu, Perdana Menteri memberi contoh pindaan Perlembagaan Persekutuan  berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang mendapat sokongan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen. 

“Pindaan Perlembagaan bukan seperti rang undang-undang lain yang hanya perlukan majoriti mudah …untuk pindaan Perlembagaan, mesti dapat dua pertiga majoriti dan undi ini secara individu bukan lebih suara… jadi, keadaan politik adalah stabil,” katanya.

Beliau tiba di sini pada 1.45 tengah hari waktu tempatan dan lawatan rasmi sulungnya sebagai Perdana Menteri Malaysia adalah atas jemputan Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan