Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
75 pelatih rekrut pegawai bomba disahkan positif COVID-19, cetus satu kluster baharu

75 pelatih rekrut pegawai bomba disahkan positif COVID-19, cetus satu kluster baharu

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 20 Mac: Seramai 75 orang pelatih rekrut pegawai bomba positif COVID-19 sehingga mencetuskan satu kluster baharu di Bau, menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak, Datu Khirudin Drahman ketika dihubungi TVS mengesahkan perkara itu.

“Daripada 75 individu tersebut hanya 15 sahaja yang menunjukkan simptom batuk dan selebihnya buat masa ini berada dalam keadaan biasa.”katanya.

Kenyataan JPBN itu juga menyebut Kluster Jalan Taiton, Bau itu melibatkan pelatih, fasilitator dan kakitangan akademi latihan bomba yang terletak di kawasan berkenaan.

“Indeks kes merupakan seorang lelaki warganegara tempatan yang juga fasilitator akademi tersebut, telah dikesan positif saringan kendiri ujian air liur pada 13 Mac 2022,” menurut kenyataan itu.

Daripada 139 individu yang disaring, seramai 75 orang didapati positif dan ditempatkan di CAC di daerah Bau dan pusat kuarantin di akademi tersebut.

Dalam pada itu, JPBN melaporkan kadar jangkitan kes harian COVID-19 di Sarawak terus menunjukkan penurunan apabila sebanyak 1,177 kes dilaporkan pada Sabtu berbanding 1,316 kes pada Jumaat.

Angka itu menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 286,995 kes. -TVS

Tags: COVID-19

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan