Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
IKN Sarawak
KUCHING, 19 Mac -- Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri melihat antara koleksi kain tenunan yang berkualiti tinggi daripada pelatih-pelatih pada perasmian Kampus Satelit Institut Kraf Negara (IKN) Sarawak hari ini. Program tersebut bertujuan melebar luaskan latihan kraf yang mampu memberi kesan jangka panjang kepada sosioekonomi rakyat.?? -- fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA?

Kampus Satelit IKN Sarawak lahir modal insan berkualiti – Nancy Shukri

Kredit gambar: Bernama

KUCHING, 19 Mac: Pembukaan Kampus Satelit Institut Kraf Negara (IKN) di Sarawak dijangka akan memberi peluang kepada semua kaum di negeri ini untuk mendapat pendidikan serta kemahiran yang berkualiti.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Nancy Shukri berkata, kampus berkenaan juga merupakan bukti kerajaan menunaikan janji untuk menyediakan peluang pendidikan untuk meningkatkan sosio ekonomi pelbagai etnik di Sarawak.

“Ini sejajar dengan fokus kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu memperkasa agenda Bumiputera termasuk menerusi penyediaan akses pendidikan dan pembangunan modal insan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian kampus berkenaan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia, Datuk Rubiah Wang.

Kampus Satelit IKN Sarawak merupakan kampus kedua yang dibuka oleh selepas yang pertama di Kota Kinabalu, Sabah pada 23 April 2021.

Sementara itu, Nancy memberitahu, kementeriannya menyasarkan pengambilan seramai 204 pelajar pelajar di kampus berkenaan sehingga 2025.

“Saya berharap sasaran ini akan dapat dicapai kerana percaya graduan kraf yang dilahirkan IKN akan dapat memperbaiki kualiti hidup keluarga sekaligus membangunkan sosio ekonomi komuniti setempat,” tambahnya.

Ketika ini, kampus berkenaan mempunyai seramai 13 orang pelajar dengan tujuh sedang mengikuti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tenunan Songket dan Dastar di Kuching manakala enam lagi mengikut latihan Tenunan Pua di Betong. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan