Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sesat daki gunung di Cameron Highlands, tiga warga Perancis ditemukan selamat

CAMERON HIGHLANDS, 19 Mac: Tiga warga Perancis termasuk dua wanita yang tersesat semasa mendaki Gunung Berembun yang terletak di Tanah Rata di sini, ditemukan selamat, petang semalam.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Shahrul Nizam Nasir berkata kesemua mangsa yang berusia 20 hingga 22 tahun itu ditemukan pada kira-kira 5 petang oleh orang awam di salah satu laluan ke gunung berkenaan.

“Pasukan penyelamat membawa turun kesemua mangsa dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Shahrul Nizam berkata kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan namun berada dalam keadaan keletihan.

Katanya tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands dengan dibantu kakitangan Pejabat Perhutanan Daerah digegaskan ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat selepas menerima panggilan daripada mangsa pada pukul 4.56 petang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan