Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan negeri dan persekutuan teruskan rundingan bersama kerajaan Indonesia bagi menormalisasikan perdagangan rentas sempadan di kawasan Tebedu-Entikong.

Pembukaan sempadan: SOP ketat di ICQS Tebedu

ByLuqman Muhammad

SERIAN, 18 Mac: Prosedur operasi standard (SOP) yang akan dikuatkuasakan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu dijangka akan diperketatkan bagi memastikan keselamatan susulan pembukaan pintu sempadan Sarawak dan Kalimantan, Indonesia pada bulan depan.

ADUN Tebedu, Dr Simon Sinang Bada.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr Simon Sinang Bada berkata, beliau setakat ini telah diberi taklimat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) berkaitan penetapan prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan penularan jangkitan COVID-19 dapat dikekang selepas pintu masuk negara dibuka.

Katanya, beliau dimaklumkan bahawa SOP yang ditetapkan sangat ketat.

“Kita memberi kepercayaan kepada KKM untuk membuat SOP dan kaedah yang selamat dalam memastikan keselamatan rakyat di negeri ini”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Serah Tapak Projek Menyelenggara dan Baik Pulih Jalan di lima buah kampung di Tebedu, Serian di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Simon berkata, pembukaan sempadan negara juga bakal menghidupkan semula aktiviti ekonomi di kawasan itu .

“Ia satu perkara yang positif untuk kegiatan perniagaan antara dua negara”, katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan